Bertabahlah hati wahai sahabat
Bertabahlah hati wahai sekalian yang berduka
Rawat hati dengan zikir
Selak awan mendung agar pelangi yang terlindung bisa terlihat lantas mengundang senyum dibibirmu
Andai pengorbanan lalu terasa bagai tidak dihargai
.....kecewa memenuhi ruang luka
Ingatlah Dia Yang Maha Pengasih
Kerana pengiktirafan duniawi hanya seketika
tetapi pengiktirafanNya membina jambatanmu ke syurga...