Selasa, 13 Mei 2014

daya hati...





Membawa daya hati
Melalui hari ini
Semalam dihadapi dengan rasa jiwa
Esok masih kabur, bukan milikku
Pada mata kasar...mudahnya, ditempatku...

Apa perlu kata
Andai melukakan, mungkin kesukaran membuat segalanya dilepaskan di sini
Mungkin pandangan mudah menjatuhkan hukuman tak setimpal apa yang dikorbankan halimunan belaka

Namun senyuman bukanlah racun
Tidak melupakan definisiku

....

Isnin, 10 Mac 2014

sajak MH370

....ada yang berbicara bersama akal tiada panjang, ada yang berbicara dengan lidah setajam pisau, ada yang berbicara sambil menjamah daging saudara, ada yang berbicara bagai ajal tiada intai....

Dunia kian tua,
Akal masih muda,
Kisah sedih buat bercanda....




Mungkinkah kan tersingkap
Segala yang berlaku
Sinar mentari mula menyinari
Memancar di celah-celah awan gemawan

Hanya Dia yang Maha Mengetahui
Rahsia penciptaanNya
Menguji setiap jiwa manusia
Usah dipertikaian hikmah sebaliknya
Kembalikan hati kita dekat padaNya


Pengharapan seluas samudera
Impian setinggi langit biru
Usah putuskan tali doa
Jawapan ada  pasti buat yang dikehendakkiNya......





Rabu, 19 Februari 2014



Papa di perhitungan

Di mana hendak letak nokhtah
Bicara insan mengadu domba
Baginya satu keperluan
Keasyikkan jalinan kemesraan

Bukan ku takut merasai sepi
Ku abai hilang teman saudara
Ku bisu bagai pinta dipinggir
Tapi ku yakin Dia sentiasa di sisi

Tuhanku pinjamkan ku kepintaran
Menghadapi situasi
Tidak mahu melukai dan dilukai
Ku mahu eratkan siratulrahim tanpa membenih dosa

Wahai diri...
Simpulkan lidahku saat tertarik umpatan nista
Wahai diri...
Lipatkan telinga saat dikelilingi nada-nada keji yang mengasyikkan

Amalan baik seluruh hidup
Masihkah berbaki di sana
Kerana mulut badan binasa
Papa diperhitungan

Rabu, 1 Januari 2014

pendam





Tak perlu mencari
Aku masih di sini
Melihat bintang bintang
Mulai hilang jejak
Kerlipan yang memancar
Semakin jauh...sejauh hatiku

Tak perlu memanggilku
Setelah  berpaling leka
Tiada lagi istimewa kehadiran ku di sini

Semakin ku beri
Semakin ku terpinggir
Pengiktirafan tak pernah
Menjadi milikku
Ku pujuk jiwa menolak impian
Untuk apa dikenang oleh manusia alpha
Walau tak dilihat di dunia
Di sana Dia mengetahui

Aku bukan malaikat
Mampu terima segala
Perasaan terpendam
Melenyapkan simpati




Nukilan : domolitos d'sikajumiung

                    Sikajumiung@blogspot








Isnin, 30 Disember 2013


Bila hati menangis





Bila hati menangis
Kerana telah terluka
Tidak mampu bersuara
Menahan rasa jiwa

Ingin meluah kata
Hilang pula bicara
Bila menatap mata
Bagai melihat bara
Membakar minda sabarku

Sebalik bayang selimut
Memohon ikhlas padaNya
Maafkanlah mereka
Yang menyakiti diri
Walau airmataku 
Murah mudah mengalir
Bukan amarah dendam
Ingin dipendam dalam...




Domolitosslm@sikajumiung

Rabu, 4 Disember 2013


Senja memerah
Tiada dingin kali ini
Tutup pagarmu
Duduklah di teratak ini
Tegarkan dirimu
Sucikan tubuhmu
PanggilanNya pasti
Walau mungkin tiada zahir kedengaran di sini
Senja memerah
Jangan kau dongak  lagi ke langit itu
Pasti kau leka nanti waktu
Berlalu pergi tanpa peduli







Selasa, 3 Disember 2013


Miau! Miau! Miau!


Miau miau miau
Aku mahu makan
Miau miau miau
Kasihkan diriku
Miau miau miau
Lihat ke mataku
Ada kisah sedih tidak kau fahami

Miau miau miau
Kongsi rezekimu
Miau miau miau
Allah kan kurnia
Rezeki berganda
Tanpa kau sedari

Miau miau miau
Akukan doakan
Bahagia untukmu
Hingga ke akhirat

Miau miau miau
Miau miau miau
Miau miau miau!